Friday, January 18, 2013

Home » , , , » TITLE SURVEY II : Tanam batu dan booking secara Online.

TITLE SURVEY II : Tanam batu dan booking secara Online.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu saya dah tulis seba sedikit mengenai kaedah tanam batu, booking dan semakan secara radial. Kalau tak baca lagi, booeh terus ke sini.

Ok, terus kepada kaedah yg lainnya iaitu tanam batu, booking dan semakan secara ONLINE, atau bahasa lainnya iaitu BKB atas garisan. Kaedah ini, kalau bagi yang kurang berpengalaman, mereka akan rasa kaedah ini lambat dan lebih suka kepada kaedah radial. Terpulanglah sebab kedua-dua cara adalah sah dan boleh digunapakai sekarang. Cumanya, kalau bagi saya, kaedah yg saya praktikkan ialah bergantug kepada keadaan di site tu.

Perlu diingat, untuk kaedah Online ni, kiat perlukan satu garisan yang nampak daripada alat ke hujung. Bermakna kalau kawasan site tu semak tinggi-tinggi, makan masa lah nak rintis. Lainlah kalau kawasan site tu padang bola atau ada celah-celah yang boleh mencelah.



Terus kepada maksud entri ni, saya ambil contoh keadaan seperti gambarajah ini.


Kita dapat lihat yang garisan berwarna biru tu ialah garisan Terabas Kawalan, yang sudah siap pengiraan pembetulan dan sudah punyai bearing muktamad, rujuk pada Stn 10, 11 dan 12.


Katalah dalam keadaan ini, kita perlu tanam lot yang diwakili oleh BKB 30, 31, 32, 33, 34, 35 dan 36 dan keadaan di site membolehkan kita buat secara online, maka perlaksanaannya perlu dibuat, atau kaedah ini boleh dipilih untuk diaplikasikan untuk pengukuran penanaman BKB.

Untuk mulakan kerja, kita perlu tanam satu dahulu BKB hujung garisan, iaitu kalau dalam gambarajah di atas ialah BKB 30. Jadi, untuk ini, gunakan dahulu kaedah radial serta semakan.


Dirisiapkan alat di Stn 11, baca bearing ke Stn 10 dan shoot serta tanam BKB 30. Awalannya kita perlu kira dahulu bearing jarak ke BKB 30 daripada Stn 11. Siap tanam, set back bearing balik ke Stn 12, semak balik BKB 30 yang dah kita tanam tu. Settle, kasi pindah itu alat ke BKB 30 dan set back bearing ke Stn 11.

Alat dah siap di BKB 30, buka je bearing jarak seperti dalam pre-comp yang sudah dimuktamadkan tu ke BKB 31, seperti dalam gambarajah di bawah.


Tanam ikut susunan sperti nombor pada gambarajah di atas ni dan rujuk pada kaedah pembukuan di bawah ni.


Klik pada gambar untuk pembesaran.

Cara dia lebih kurang macam tu lah, tapi itu hanya untuk kita tanam je. Dah siap tanam BKB 31 hingga BKB 36 tu, buat pula semakan untuk semak samada kita tanam tadi tu betul ke tak. Disini, jarak memainkan faktor utama.

Cara semakan dia lebih kurang macam ni. Dah siap tanam daripada BKB 30 tu, alih alat ke BKB 31 pula. Cara semakan lebih kurang macam gambarajah ini.


Alat di BKB 31, semak ikut susunan seperti nombor pada gambarajah ni. Lebih detail, ikut cara pembukuan dibawah ni.


Klik pada gambarajah untuk pembesaran.

Settle sebaris untuk satu garisan dan ulang langkah sama untuk garisan-garisan lain yang ada.

Harap dapat membantu.


Sekadar gambar hiasan semata.

Wallauhua'lam.
Ok, Assalamualaikum.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...