Sunday, March 8, 2020

PEMETAAN FOTOUDARA : ORTHOPHOTO

Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa abad tak menulis disini....













Read more...

Wednesday, December 13, 2017

JURUKUR WIBAWA


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tiba-tiba malam ni teringat password. InsyaAllah tahun depan akan mula menulis balik.

Bye.

Read more...

Thursday, February 25, 2016

I'M BACK - Edisi 1 tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak kasi update blog ni. InsyaAllah akan mula menulis balik.





Read more...

Tuesday, December 24, 2013

SurveyCAD (Siri Satu) : Pengenalan kepada SurveyCAD

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tak mau tulis panjang, kita terus kepada sesi pengenalan. Terlebih dahulu, pengenalan ini hanya diolah melalui pengalaman saya selaku pengguna sahaja, yang sebelum agak terkial-kial menggunakan basic AutoCAD dan selepas menggunakan SurveyCAD ini.

Pengenalan kepada SurveyCAD.

Dalam menghasilkan sesuatu drawing atau plan itu, tidak dinafikan kecekapan, pengalaman dan kesenian amat diperlukan. Pengalaman, semestinya perlu memakan masa yang lama untuk diperolehi. Kesenian, drafting ini sendiri ialah suatu hasil proses untuk meghasilkan suatu hasil seni yang mana ianya akan diterjemahkan kepada output drawing atau plan. Ianya sesuatu yang wujud dengan sendirinya melalui dlam diri dan juga daripada pengalaman. KECEKAPAN......ini adalah suatu perkara yang penting, dimana ianya boleh memberi kesan secara langsung kepada pengalaman dan kesenian. Kecekapan ini boleh dipupuk melalui kaedah yang digunakan untuk melangsungkan sesuatu kerja drafting itu dimana jika ianya dipraktikkan dengan kaedah sebetulnya, maka kecekapan ini akan terbina sendiri dalam jangkamasa yang singkat.


Sebagai introduksi, secara ringkasnya, SurveyCAD ini bukanlah satu software baru yang berasaskan CAD seprti AutoCAD, ZWCAD atau MysCAD, sebaliknya, ianya adalah satu add on kepada perisian CAD sedia ada iaitu AutoCAD. SurveyCAD ini ialah satu add on kepada AutoCAD dimana, jika kita hanya install AutoCAD yang biasa, ianya hanya terdapat function-function asas sahaja dan memerlukan kita untuk menaip command-command tertentu semasa proses menyaipnyediakan apa-apa drawing.

Daripada basic AutoCAD ini, maka munculah beberapa script yang kita panggil LIPS untuk memudahkan lagi kerja drafting. Sebagai contoh, pada sebarang garisan terabas yang dibuat, kita berkehandakkan supaya ditulis bearing dan jarak pada garisan itu. Disini, jika kita hanya menggunakan AutoCAD basic, maka semestinya proses ini perlu dilakukan secara manual, iaitu "list" kan dulu jarak tersebut, kemudian tulis bearing jaraknya. Kemudian, gunakan command DT untuk menulis text bearing dan jarak tersebut pada garisan tersebut. Jadi, dengan adanya LIPS ini, proses sebelum ini pada AutoCAD basic dapat kita ringkaskan dimana kita hanya perlu "load" kan sahaja LIPS yang hendak digunakan. Sebagai contoh untuk keadaan yang sama seperti diatas, terdapat satu LIPS yang diberi nama "DBD" dimana pada ruang command, kita hanya perlu menaip "DBD" sahaja, kemudia, klik pada line yang hendak dikeluarkan bearing jarak dia, setkan saiz tulisan dan rotation text tersebut, kemudian enter. Beraing dan jarak akan terpapar pada garisan tersebut.

Sebenarnya command atau senangnya nama-nama LIPS ini adalah bergantung kepada si pembuat LIPS tersebut. Ada kalanya, ianya LIPS dengan tujuan yang sama, cuma commandnya sahaja yang berlainan. Untuk merekabentuk sesuatu LIPS ini, terdapat pelbagai program yang boleh digunakan, seperti Visual Basic (VB), C++ dan lain-lain.

Berbalik kepada SurveyCAD ini, ringkasnya ialah SurveyCAD ini adalah terdiri daripada ratusan LIPS yang sedia dibina mengikut pelbagai kehendak dan tuntutan untuk kerja-kerja drafting yang berkaitan dengan kerja ukur dan penyediaan pelan-pelan ukur. Cumanya, advantage pada SurveyCAD ini ialah kepakaran dan pengalaman si pembuatnya untuk memagikkan LIPS yang beratus-ratus tadi kepada ICON-ICON yang di add-on terus kepada surface AutoCAD dan juga pada menu bar.

Ok, mari lihat gambar dibawah untuk lebih memahami secara awalan berkenaan dengan SurveyCAD ini.


Gambar diatas ialah interface AutoCAD 2010 basic yang baru di install. Jika dilihat, ianya hanya mengandungi icon-icon command asas sahaja.


Berikutnya, gambar diatas ialah interface AutoCAD 2010 selepas di install kan add-on SurveyCAD. Jika diperhatikan, terdapat beberapa pernambahan icon pada interface tersebut yang mana itulah LIPS-LIPS yang diterjemahkan secara terus melalui icon-icon pada interface AutoCAD. Selain itu, terdapat juga menu tambahan pada Menu Bar iaitu menu SurveyCAD.


Keperluan kepada SurveyCAD.

Kenapa SurveyCAD ini bagi saya penting? Jika dilihat, kebanyakan drafter-drafter lama bertaraf otai-otai memanglah diakui kebolehan dan kemampuan mereka untuk menyiapnyediakan sesuatu drawing itu dengan pantas, berkesan dan menepati piawaian dan spesifikasi plan yang dikehendaki. Ini adalah hasil daripada pengalaman jerih payah mereka dalam menuntut ilmu drafting dalam satu tempoh masa yang panjang. Ini juga berlaku dengan adanya LIPS-LIPS simpanan mereka yang dikumpul. Namun begitu, ada juga antara mereka yang masih lagi menggunakan cara asas utnuk menyiapkan sesuatu drawing itu. Ini jika dilihat sungguh luar biasa kerana ketangkasan mereka untuk mengendalikan command-command CAD secara asas, iaitu dengan menaip satu persatu command yang mereka nak guna.Kuncinya cuma satu sahaja, iaitu PENGALAMAN.

Saya ambil satu contoh yang paling ketara untuk membezakan antara orang baru dan orang lama, iaitu penentuan skala pada drawing dan plan yang bakal diplot. Ini sahaja cukup untuk menguji samada drafter itu berpengalaman atau tidak. Kelangsungan untuk menghasilkan sesuatu drawing / plan yang menepati skala adalah AMAT KRITIKAL bagi sesuatu kerja ukur itu kerana ianya berkait rapat dengan kehendak client untuk menyamai apa-apa design yang mereka buat untuk sesuatu projek itu.

Contoh, anda tahu bagaimana untuk menetapkan skala potting jika bos berkehendakkan outputnya di plot pada kertas A2 dengan skala 1 : 1250. Ini akan melibatkan proses kira-kira yang boleh dikatakan rumit dan leceh. Penetapan ini penting kerana selepas plan di plot, selalunya diperingkat saringan awal, bos atau PM akan memeriksa terlebih dahulu plan yang diplot itu menggunakan "pembaris skala" dan kesalahan anda akan dikesan dengan mudah.

Fresh graduate terutamanya, boleh buat? Tahu bagaimana nak set frame supaya kalau tak cantik sekalipun drawing yang kamu hasilkan tu, paling tidak ianya menepati skala.

Dengan menggunakan SurveyCAD ini, kaedah penentuan skala dibuat dengan cara cukup mudah. Hanay tinggal klik pada icon terlibat, pilih skala drawing dan pilih saiz kertas yang dikehendaki. Selepas itu pilih mana-mana frame yang telah sedia diletakkan dalam menu SurveyCAD ini. Siap, teruskan dengan proses editing sehingga siap.

Antara menu-menu yang terbit daripada SurveyCAD untuk tujuan menentukan skala dan frame.

Itu baru satu contoh sahaja, dimana SurveyCAD ini masih lagi punyai banyak fungsi-fungsi lain yang sangat berguna. Antara fungsi-fugsi lain yang terdapat pada SurveyCAD yang sempat saya gunakan yang bagi saya ianya adalah penyebab kepada mengapa saya mengkelasan SurveyCAD ini sebagai antara yang terbaik dan paling user friendly ialah :

  1. Tukarkan text height kepada 3D point (ini terbaik!)
  2. Generate TIN daripada 3D oint yang dihasilkan (ini terbaik!)
  3. Generate KONTOR daripada TIN yang dihasilakn (ini terbaik!)
  4. Warnakan TIN dan KONTOR (mudah untuk buat analisa ketinggian).
  5. Frame-frame yang siap sedia bina secara khusus untuk sesuatau kerja ukur itu seperti contoh frame unutk plan topografi, plan precomp, plan kejuruteraan, plan cross-x dan long-x dan lain-lain.
  6. Volume calculation, CUT & FILL (ini terbaik!)
  7. Volume calculation report, CUT & FILL (dikeluarkan terus ke fail .txt)
  8.  Penyediaan graf / data / plan untuk cross-x dan long x (ini terbaik!)
  9. Standard JKR punya simbol.
  10. COPY and PASTE sesuatu entiti terus kepada kodinat asal yang di copy.
Ok, cukup 10 sahaja sebab banyak lagi antara fungsi-fungsi SurveyCAD ini yang sangat membantu dalam kerja-kerja drafting. Paling penting, IANYA DIBUAT SECARA TERUS MENGGUNAKAN AutoCAD!

Lain-lainya, SurveyCAD ini dihasilkan meliputi semua penggunaan dan keperluan-keperluan untuk menghasilkan plan-plan ukur baik untuk kerja-kerja ukur kadaser ataupun kejuruteraan. Apa yang saya boleh katakan, SurveyCAD ini sangat-sangat membantu terutamanya bagi :
  1. student-student dan fresh graduate. Jika mahir menggunakan SurveyCAD ini, ianya boleh dijadikan bekalan bagus untuk kamu tempuhi sesi temuduga nak mohon kerja nanti. Pada pengalaman saya, fresh graduate terutamanya agak terkebingungan dalam melaksanakan apa-apa kerja drafting diawal usia mereka berkerja. Kadang-kadang, 2 3 tahun baru nak pandai merangkak. Ianya sangat mengambil masa untuk memahami penggunaan AutoCAD basic untuk menjalankan kerja-kerja drafting, dan jika menggunakan apa-apa LIPS yang dibekalkan pun masih lagi memerlukan masa untuk mahir. Kena pulak individu yang suka main lompat-lompat company ni. Orang-orang tua cakap, "lain padang lain belalangnya". Macam tu jugalah andaikata bertukar-tukar tempat dimana lain tempat lain kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja drafting tu. 
  2. Bagi yang sudah berkerja juga bagus kerana bila kerja siap cepat, nanti boleh banyak rehat. Bos pun sayang. Apa yang penting, anda boleh mempercepatkan masa untuk mengasah skill anda dalam kerja-kerja drafting untuk mencapai tahap piawaian standard drafter.
  3. Kepada Bos-Bos juga, terutamanya Jurukur Berlesen, semestinya anda tidak perlu lagi pening kepala jika drafter lama berhenti secara mengejut kerana anda boleh menyediakan backup dalam tempohmasa yang singkat.
  4. Untuk IPTA / IPTS pula, bagi saya ianya mungkin pada suatu hari nanti akan jadi satu keperluan untuk disediakan SurveyCAD ini pada PC-PC didalam lab-lab ukur supaya hasrat untuk melahirkan graduan yang BERSKILL TINGGI dan MENEPATI KEHENDAK DUNIA KERJAYA dapat dicapai. Ini kerana, bagi saya, asas untuk melahirkan seorang graduan yang mahir, ianya perlu untuk menyediakan mereka secukupnya dan semahirnya dalam kerja-kerja drafting, selain berkemampuan untuk mengendalikan krja-kerja ukur dipadang.

Ok, cukup.

Pengenalan kepada Si Pembina SurveyCAD.

Tidak manis kiranya jika tidak turut memperkenalkan Si Pembina SurveyCAD yang sungguh hebat ini. Mengikut Si Pembina ini, SurveyCAD ini dihasilkannya melalui pengalaman-pengalaman yang dikutipnya selama berpuluh tahun berkecimpung didalam dunia drafting ini. Segala kepayahan drafting yang ditempuhinya dulu telah dipermudahkan melalui SurveyCAD yang dihasilkan ini.

Untuk lebih lanjut dan berhubung terus dengan Si Pembina dan testimoni daripada individu-individu yang telah menggunakan SurveyCAD ini, boleh kunjungi pada Group FACEBOOK SurveyCAD di :

Klik sini : FB SurveyCAD    


Si Pembina ini juga mudah untuk dihubungi dan after sales service nya juga bagus. Selain itu, request unutk fungsi-fungsi tambahan jika difikirkan perlu untuk sesuatu tujuan khusus juga boleh dibincangkan secara terus dengan Si Pembina untuk direkabentuk dan dimuatkan pada SurveyCAD (itupun jika masuk akal lah).

Trial version kepada SurveyCAD ini juga boleh di download terus daripada page Facebook SurveyCAD ini, dengan trial sebanyak 60 kali penggunaan.

Penutup.

Sekali lagi, saya hanyalah salah seorang pengguna SurveyCAD sahaja dan penulisan ini dibuat daripada pengalaman saya menggunakan SurveyCAD ini untuk beberapa drawing terkini dan dibandingkan dengan semasa saya hanya menggunakan basic AutoCAD dan LIPS-LIPS ringkas sahaja untuk menyaipkan drawing / plan yang lepas-lepas.

Oh, sebelum terlupa, SEMESTINYA SurveyCAD INI ADALAH BERBAYAR.

Ok, setakat itu dahulu pengenalan kepada SurveyCAD.

Akan bersambung dengan tutorial detail untuk setiap fungsi yang ada pada SurveyCAD selepas ini..........................................................jika rajin.

Assalamualaikum w.b.t.

Read more...

Saturday, January 19, 2013

Batu Papan, Gua Musang.

Entri dilimpahi dengan gambar-gambar kerja lama.




























Hahaha....kasi berat sikit mau load page.

Wallahua'lam.
Ok, bye.


Read more...

Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) : JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada apa dengan JADUAL KESEMBILAN : Bahagian II pada Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Peraturan-Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 2011)?

Keseluruhan Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (PPJTB 2011) boleh di view disini.


Saya tidak memfokuskan kepada keseluruhan Akta dan Peraturan tu, cuma saya suak untuk kongsikan apa yang terkandung dalam Jadual Kesembilan pada Akta dan Peraturan ni.

Sebenarnya, Jadual Kesembilan ini menceritakan tentang keperluan-keperluan yang perlu ditempuhi dengan penuh sabar, bertenang, fokus dan berusaha sebagai salah satu langkah yang perlu ditempuhi untuk seseorang individu itu sebelum boleh bergelar Jurukur Tanah Berlesen yang Profesional dan Sahlaku di Malaysia.

Terdapat 7 jenis usaha gigih (dragonball ada 7 biji semuanya) yang diperlukan untuk seseorang individu itu buat dan hantar laporan seperti yang telah disetkan oleh ahli-ahli Profesional dan tertinggi. Sebagai pencerahan, ini sudahpun masuk ke peringkat ke-dua ye, bahagian pertama ialah Peperiksaan Undang-Undang dan Peraturan Tanah. Yang ni lain entri saya sentuh.

Antara 7 kerja gigih dengan penuh sabar tu ialah :
(Ini adalah di copy dan paste daripada .pdf yang didownload daripada website Lembaga Jurukur Tanah).

1)  Pengemukaan projek ukur hakmilik

Calon hendaklah mengemukakan buku kerja lapangan, pengiraan yang berkaitan, pelan dan data digital yang menepati piawai Jabatan Ukur dan Pemetaan termasuk laporan tidak kurang daripada lima ratus perkataan bagi perkara yang berikut :

(a) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan atau beri milikan lot untuk
      bangunan (kediaman, komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran
      itu hendaklah :

(i) mengandungi tidak kurang daripada lima puluh lot yang sempurna. Pecah sempadan atau 
    berimilikan sebahagian lot atau kombinasi lebih daripada satu lot boleh diterima;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(b) suatu ukur hakmilik yang melibatkan pecah sempadan lot untuk bangunan (kediaman,
      komersial atau industri atau kombinasi ketiga-tiganya) dan ukuran itu hendaklah : 

(i) mempunyai keluasan tidak kurang daripada 2.5 hektar yang bertujuan untuk pembangunan      
     bercampur;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan;

(iii) termasuk ukuran untuk rizab jalan; dan

(iv) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.

(c) suatu ukur hakmilik untuk tanah pertanian merangkumi tiga atau lebih lot berdampingan
     di mana keluasan cantuman tidak kurang daripada tujuh hektar dan ukuran itu
     hendaklah :

(i) termasuk dua daripada sempadannya yang bertindih dengan dan diletakkan semua berdasarkan    
    ukuran yang diluluskan terdahulu;

(ii) termasuk tanam pastian atau penggantian tanda sempadan; dan

(iii) termasuk penentuan azimut dengan cerapan matahari.


NOTA : 
Sebenarnya kat sini je dah ada 3 job besar untuk diselesaikan dengan penuh sabar dan tekun iaitu pada (a), (b) dan (c).


2)  Pengemukaan projek ukur pemetaan topografi

Pemetaan topografi skala besar suatu kawasan berkeluasan tidak kurang daripada sepuluh hektar.
Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) ukuran kawalan mendatar dengan kaedah trabas yang mengikut piawai ukur kadaster;

(b) penentuan azimut dengan cerapan matahari;

(c) ukuran kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) ukuran butiran semula jadi dan butiran buatan manusia; dan

(e) ukuran ketinggian titik dan melukis garisan kontur, sela kontur tidak kurang daripada dua meter.


3)   Pengemukaan projek ukur kejuruteraan

Pengukuran suatu cadangan jalan jarak tidak kurang dari satu kilometer. Pengukuran itu hendaklah
termasuk :

(a) terbitan datum dari tanda sempadan;

(b) ukur kawalan mendatar mengikut piawai ukur kadaster;

(c) ukur kawalan tegak dengan kaedah ukur aras;

(d) pemancangan hak laluan;

(e) menandakan garis tengah laluan;

(f) ukur topografi jalur dan ukur butiran jalur; dan

(g) profil longitud dan keratan rentas.


4)  Pengemukaan projek pemetaan fotogrametri atau projek ukur hidrografi

Pemetaan fotogrametri skala besar (skala 1: 10,000 atau skala lebih besar) suatu kawasan diliputi
tidak kurang daripada dua model fotogrametri. Projek itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan bumi;

(b) perwakilan paramuka dengan garis kontur sela lima meter dan ketinggian titik-titik;

(c) pengumpulan ciri-ciri topografi yang relevan; dan

(d) gambaran mutakhir plot fotogrametri mengikut sehampirnya spesifikasi peta Siri Pemetaan

     Bandar Jabatan Ukur Malaysia.

ATAU

Ukur batimetri skala sederhana (skala 1 : 5,000 atau skala lebih besar) tidak kurang daripada dua
puluh lima hektar suatu kawasan pinggir pantai di mana garis ukur batimetri yang dijarakkan pada
jarak tidak lebih daripada satu sentimeter skala plot. Ukuran itu hendaklah termasuk :

(a) pengukuran kawalan pesisir;

(b) penetapan pancang pasang surut dan cerapan pasang surut; dan

(c) pandu arah luar pesisir dan penentududukan menggunakan sama ada jarak-bearing atau
     jarak-jarak sistem penentududukan elektronik atau pembezaan masa hakiki Global
               Positioning System (GPS).

NOTA :
Beri perhatian pada perkataan ATAU tu. Ini bermakna pilihan diberi untuk individu tu samada dia boleh memilih untuk jalankan kerja FOTOGRAMETRI ataupun kerja HIDROGRAFI yang mana kedua-duanya sangat kental akan kepayahannya untuk dapat projek. Kene pegi mohon dengan LS besar-besar je boleh dapat dua barang ni.

5)   Pengemukaan projek reka bentuk susun atur pecah sempadan

Suatu skim untuk apa-apa jenis pembangunan mempunyai keluasan lebih kurang empat hektar yang
menunjukkan jalan keluar masuk, susun atur lot-lot iaitu termasuk tanah lapang dan kemudahan
asas bersesuaian dengan pembangunan berkenaan dan mengikut keperluan perancangan semasa
untuk pembangunan sedemikian.

_________________________________________________________________________________

Jadi, selamat berusaha gigih kepada individu-individu yang berminat untuk jadi Jurukur Tanah Berlesen.

Wallahua'lam.
Ok, bye.


Read more...

Friday, January 18, 2013

TITLE SURVEY II : Tanam batu dan booking secara Online.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu saya dah tulis seba sedikit mengenai kaedah tanam batu, booking dan semakan secara radial. Kalau tak baca lagi, booeh terus ke sini.

Ok, terus kepada kaedah yg lainnya iaitu tanam batu, booking dan semakan secara ONLINE, atau bahasa lainnya iaitu BKB atas garisan. Kaedah ini, kalau bagi yang kurang berpengalaman, mereka akan rasa kaedah ini lambat dan lebih suka kepada kaedah radial. Terpulanglah sebab kedua-dua cara adalah sah dan boleh digunapakai sekarang. Cumanya, kalau bagi saya, kaedah yg saya praktikkan ialah bergantug kepada keadaan di site tu.

Perlu diingat, untuk kaedah Online ni, kiat perlukan satu garisan yang nampak daripada alat ke hujung. Bermakna kalau kawasan site tu semak tinggi-tinggi, makan masa lah nak rintis. Lainlah kalau kawasan site tu padang bola atau ada celah-celah yang boleh mencelah.



Terus kepada maksud entri ni, saya ambil contoh keadaan seperti gambarajah ini.


Kita dapat lihat yang garisan berwarna biru tu ialah garisan Terabas Kawalan, yang sudah siap pengiraan pembetulan dan sudah punyai bearing muktamad, rujuk pada Stn 10, 11 dan 12.


Katalah dalam keadaan ini, kita perlu tanam lot yang diwakili oleh BKB 30, 31, 32, 33, 34, 35 dan 36 dan keadaan di site membolehkan kita buat secara online, maka perlaksanaannya perlu dibuat, atau kaedah ini boleh dipilih untuk diaplikasikan untuk pengukuran penanaman BKB.

Untuk mulakan kerja, kita perlu tanam satu dahulu BKB hujung garisan, iaitu kalau dalam gambarajah di atas ialah BKB 30. Jadi, untuk ini, gunakan dahulu kaedah radial serta semakan.


Dirisiapkan alat di Stn 11, baca bearing ke Stn 10 dan shoot serta tanam BKB 30. Awalannya kita perlu kira dahulu bearing jarak ke BKB 30 daripada Stn 11. Siap tanam, set back bearing balik ke Stn 12, semak balik BKB 30 yang dah kita tanam tu. Settle, kasi pindah itu alat ke BKB 30 dan set back bearing ke Stn 11.

Alat dah siap di BKB 30, buka je bearing jarak seperti dalam pre-comp yang sudah dimuktamadkan tu ke BKB 31, seperti dalam gambarajah di bawah.


Tanam ikut susunan sperti nombor pada gambarajah di atas ni dan rujuk pada kaedah pembukuan di bawah ni.


Klik pada gambar untuk pembesaran.

Cara dia lebih kurang macam tu lah, tapi itu hanya untuk kita tanam je. Dah siap tanam BKB 31 hingga BKB 36 tu, buat pula semakan untuk semak samada kita tanam tadi tu betul ke tak. Disini, jarak memainkan faktor utama.

Cara semakan dia lebih kurang macam ni. Dah siap tanam daripada BKB 30 tu, alih alat ke BKB 31 pula. Cara semakan lebih kurang macam gambarajah ini.


Alat di BKB 31, semak ikut susunan seperti nombor pada gambarajah ni. Lebih detail, ikut cara pembukuan dibawah ni.


Klik pada gambarajah untuk pembesaran.

Settle sebaris untuk satu garisan dan ulang langkah sama untuk garisan-garisan lain yang ada.

Harap dapat membantu.


Sekadar gambar hiasan semata.

Wallauhua'lam.
Ok, Assalamualaikum.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...